السلام عليكم

Selamat datang ke blog ampang bird farm..semoga info yang saya kongsi bersama dapat membantu dan memberi panduan kepada tuan puan yang turut mempunyai minat yg mendalam seperti sy...

burung berkicau burung bersiul,
membuat hati damai dan tenang,
burung terbang dari jauh,
dari australia hingga keampang,

ilmu dijulang ilmu dikenang,
info bersama dimasa datang,
pengetahuan dikongsi dan diamati
utk kita bersama cemerlang

p/s: nukilan
pak lurah

PENYEDIAAN SARANG

KANDANG BUDGIES

Anda boleh mencari pelbagai kandang Budgies berbeza di kedai tempatan haiwan kesayangan anda atau anda boleh melihat internet dan lain2... disini saya mengesorkan beberapa faktor pemilihan kandang..

Selalu memilih kandang terbesar yang anda mampu dan mempunyai ruang untuk ianya bermain. Sebuah kandang saiz ideal untuk 2 budgies adalah sekitar 92x45x45cm dan sekitar tiga perempat itu untuk budgies tunggal. Ada kandang yang berbeza untuk dipilih, sangat penting untuk berbelanja dan yang terbaik, kandang ini akan menjadi rumah budgies anda untuk itu seumur hidup, jadi anda harus berusaha untuk mencari satu yang terbaik yang  selesa untuk burung anda. bagi saya saya telah membina sendiri kandang utk budgies saya bersaiz 10x5x5feet... sesuai utk 100ekor budgies...



Beberapa faktor memilih kandang adalah:

1.Apakah cukup besar?
2.Apakah bentuk yang benar?
walaupun kandang mungkin tampak benar-benar cantik, anda perlu mempertimbangkan kesesuaiannya, beberapa kandang melingkar tinggi tidak membolehkan burung kesayangan anda untuk meregangkan sayapnya berkesan.
3.Apakah itu  pintu sangkar selamat?
4.Carilah kandang dengan dulang plastik di bahagian bawah yang boleh ditolak dengan mudah, memudahkan anda membersihkannya
5.Memilih kandang yang mempunyai beberapa bar horizontal sepanjang satu atau dua sisi sehingga Budgerigar anda boleh memanjat sisi kandang.
6.disyorkan menggunakan kandang besi kerana sifat semula jadinya menggigit maka ianya mudah terlepas jika menggunakan bar kayu..
7.kandang yg bersih
8.mempunyai tempat utk ia bertenggek

burung budgies juga turut tidur seperti kita.. maka letakkan ia ditempat yg tidak bising agar ia tidak stress.. dan disyorkan tutup dgn kain agar ia dapat tidur dgn selesa.. pastikan ketika ditutup terdapat ruang udara utknya..

bekas makanan dan minuman burung anda haruslah diletakkan tidak terlalu jauh dan pastikan ianya senang utk dicapai... dan selesa utknya makan disitu... tempat mandian juga harus disediakan kerana budgies harus membersihkan diri utk mengelakkan ianya sakit.. pastikan bekas tersebut tidak terlalu dalam dikhuatiri ianya lemas... saya pernah kehilangan seekor budgies sebelum ini kerana lemas dikolam yg saya sediakan..




JIKA anda ingin membiakkan budgies anda sediakan sabut kelapa seperti imej... dan pastikan ianya kering dan tidak lembab kerana telur budgies akan rosaak atau mejadi tembelang jika terkena air... dan burung budgies hanya akan bertelur jika keadaan dan persekitarannya bersih dan selesa sahaja..

    Sediakan tempat ia bermain seperti relung dan tempat ia bertenggek.. pastikan burung anda selesa dan ceria di kandangnya...
ALATAN  UTK MEMBUAT RELUNG  TEMPAT PERMAINAN BUDGIE

ALATAN UTK MEMBUAT SARANG PENETASAN BUDGIE

DETAIL.. RECORD JUMLAH MASUK ATAU LAHIR BUDGIE
PENTING!! BG MEMASTIKAN BUDGIE ANDA TERJAGA

CONTOH REKOD

ENGINEER SERTA FOUNDER BIRD FARM

ASST CHIEF KHADAM
P.A Pak Lurah


SANGKAR PERTAMA KAMI SEMASA
MEMILIKI 1EKOR BUDGIES

SANGKAR KEDUA KAMI SETELAH MEMILIKI 4EKOR
BUDGIES/ JUGA DIGUNAKAN UTK KECEMASAN

SANGKAR PENGASINGAN BURUNG BUDGIES UTK YG BARU LAHIR

SANGKAR KETIGA KAMI SEMASA MEMILIKI 15EKOR BUDGIES

AKHIRNYA INI ADALAH SANGKAR KAMI SEKARANG DGN JUM 57EKOR BUDGIES
8/4/11

NESTBOX UTK BUDGIES
HABUK ATAU SERBUK KAYU YG DUGUNAKAN SEBAGAI
LANTAI NESTBOX
KEBIASAANNYA HANYA YG BETINA YG AKAN DDK DIDLM SRG
CTH DLM NESTBOX


BUDGIE SEDANG MENNGERAM TELURNYA



ATURAN MENGGUNAKAN SABUT KELAPA
SARANG BERTELUR BUDGIES
BARANG MAINAN UTK BUDGIES YG KAMI SEDIAKAN